Saya seorang lepasan graduasi Sarjana Muda Perakaunan dan mempunyai pengalaman bekerja part time sepagai pengajar di pusat pusat tuisyen selama 3 tahun.
Subjek yang menjadi keutamaan saya ialah Matematik, Addmath dan perakaunan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.
Saya berminat untuk menjadi cikgu kerana kerjaya cikgu adalah punca rezeki yang baik. Apabila saya menjadi cikgu saya bukan sahaja memperoleh pendapatan , saya juga beroleh ilmu semasa saya belajar untuk mengajar, pahala dan doa doa dari anak murid yang mendoakan saya.
Saya mahu ilmu yang di beri kepada murid dapat di manfaatkan oleh mereka bila dewasa nanti.
Teaching Method(s)
1) TEKNIK BERCERITA
Saya suka memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya.
2) TEKNIK TUNJUK CARA(DEMONSTRASI)
Tuniuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara dan langkah yang melakukan suatu aktiviti dihadapan murid oleh itu teknik ini lebih dikenali sebagai demonstrasi.
3) TEKNIK SOAL – JAWAB
Sesi soal jawab penting bagi memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid.