Saya merupakan seorang graduan Institut Pendidikan Guru dalam pengkhususan Sains yang telah berkhidmat selama setahun di sekolah. Saya mengaplikasikan pelbagai kemahiran pedagogi dan pengetahuan dalam pengajaran yang saya peroleh sepanjang perjalanan saya bergelar pendidik. Saya seorang yang fleksibel dan segala hal boleh dibincangkan.
Teaching Method(s)
Saya akan menerapkan pelbagai teknik pengajaran seperti inkuiri, perbincangan, latih tubi, seni dalam pendidikan serta lain-lain mengikut kesesuaian topik dan tahap murid. Pengajaran saya berpusatkan murid dan akan melibatkan komunikasi dua hala. Saya akan menggunakan platform maya yang mesra pengguna serta platform-platform pendidikan lain yang bersifat interaktif.