Profile Picture

Satis Nair

Sarjana Muda - BBA IN HRM & UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Ipoh, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Satis. Saya merupakan seorang graduan sarjana muda dalam bidang sumber manusia dengan pointer 3.10 yang berdedikasi dan berpengalaman berkerja selama 4 tahun.Saya mempunyai pengalam mengajar subjek sejarah bagi pelajar tingkatan 6 selama 3 bulan. Subjek sejarah merupakan subjek kegemaran saya dan saya memperolehi markah yang cemerlang dalam SPM dan juga STPM, manakala saya juga berkemahiran dalam mebuat nota nota sejarah dalam bentuk yang mudah faham bagi pelajar pelajar.Selain itu,kemahiran saya seperti pembahagian masa dan peruntukan masa bagi fokus bab bab yang penting dalam sejarah memudahkan pelajar untuk mendapatkan markah yang cemerlang serta permahaman yang mendalam. Akhir kata, saya memilih sejarah disebabkan prinsip saya iaitu masyarakat yang melupakan sejarah adalah masyarakat yang akan mengulangi sejarah/kesalahan yang sama,maka saya ingin mencurahkan segala ilmu dan juga teknik pembelajaran saya bagi mendidik anak anak muda supaya bukan sahaja mempelajari sejarah semata mata untuk peperiksaan tetapi untuk kehidupan juga.
Teaching Method(s)
Saya akan menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda dalam bentuk tulisan dan gambar gambar merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya akan gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1