Pada bulan Ogos-November 2022, saya telah menjalani praktikum fasa 1 sebagai pelengkap kursus ijazah saya. Saya mengajar bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi murid sekolah rendah. Sepanjang minggu praktikum berlangsung, pelbagai pengalaman mengajar yang telah saya peroleh disamping dapat mengaplikasikan pengetahuan, teori dan pedagogi yang telah dipelajari di IPG. Praktikum ini dapat melatih saya menjadi seorang bakal guru yang berkemahiran dengan senario pendidikan masa kini. Sepanjang praktikum berlangsung juga, saya menerima pelbagai maklum balas daripada pensayarah dan guru pembimbing yang pada mulanya bersifat negatif terhadap pengajaran saya. Namun, perkara ini tidak mematahkan semangat saya untuk menambah baik strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pengurusan bilik darjah saya. Akhirnya, saya menerima maklum balas dan komen positif daripada pensyarah, guru pembimbing malah murid-murid yang telah saya ajar. Dengan adanya pengalaman ini menjadikan saya lebih yakin untuk mengikuti MyTutor sebagai tenaga pengajar yang mahir. Saya juga ingin menjadikan Mytutor sebagai wadah untuk saya mengukuhkan lagi kemahiran saya dalam pengajaran untuk menjadi guru yang lebih produktif dan profesional pada masa akan datang.
Teaching Method(s)
- Strategi pengajaran berpusatkan murid dan bahan
- Kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dengan mengaplikasikan didik hibur (fun learning)
- Mengaplikasikan mikro teaching seperti set induksi, kemahiran penerangan, penyoalan, pengukuhan, variasi rangsangan, penutup
- Mengaplikasikan permainan dan kuiz atas talian