Profile Picture

Nur Atiqah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Accounting, Multimedia University

Baling, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang surirumah yang sentiasa mencari bahan mengajar untuk anak-anak supaya minat dengan belajar. Saya ambil berat tentang kemahiran 3M adalah amat penting dalam pembelajaran asas. Tanpa asas utama ini, anak-anak sukar untuk memahami pembelajaran di sekolah. Jadi, saya sering mencari sumber untuk saya aplikasikan kepada anak lelaki saya yang masih bersekolah tadika supaya dia berada di fasa yang baik bagi kemahiran 3M apabila dia bersekolah darjah 1 nanti. Sebagai seorang ibu yang mahukan anak-anak mampu mahir terlebih dahulu pembelajaran asas, saya rasa berbesar hati ingin membantu ibu-ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah yang sama.
Teaching Method(s)
Saya akan mengajar dengan cara aplikasi dalam kehidupan supaya pelajar lebih mudah faham. Untuk pengukuhan kemahiran 3M terutamanya MEMBACA, saya akan terapkan konsep membaca dengan teknik foknik. Hal ini kerana, saya telah aplikasikan pada anak saya, dengan teknik fonik, anak saya lebih mudah untuk dia membaca sesuatu perkataan sama ada dalam bahasa melayu mahupun english. Untuk asas MENGIRA, saya akan aplikasikan pengajaran dengan gambar rajah kerana kanak-kanak lebih cepat tangkap dan mudah faham melalui gambar rajah daripada tulisan. Maka saya akan rangsangkan terlebih dahulu asas 3M dengan mengambil contoh di perkara-perkara di persekitaran anak-anak.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Membaca B. Inggeris Tadika, Darjah 1
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3