Saya merupakan seorang guru akademik bagi subjek Sains di Sekolah Rendah Integrasi Huffaz (SRII Huffaz) Saujana Utama. Selain daripada subjek Sains, saya juga boleh mengajar subjek Bahasa Inggeris dan kelas al-Quran. Saya sudah menceburi bidang pendidikan dalam 7 tahun melalui praktikum di sekolah, kelas tuisyen dan mengajar di sekolah saya sekarang. Impian saya adalah untuk berkongsi ilmu dengan anak murid saya tentang ilmu di dalam dan di luar bilik darjah.
Teaching Method(s)
Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam mengajar anak murid saya. Saya juga menggunakan beberapa teknik mudah dan formula yang senang untuk diingati oleh murid. Saya turut menggalakkan dan memperbanyak latihan untuk memastikan anak murid saya faham akan topik yang dipelajari.