Saya merupakan seorang graduan dalam bidang Linguistik Melayu dari Universiti Malaya dan sedang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PHd. Tutor merupakan salah satu bidang pekerjaan yang ingin saya ceburi memandangkan saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah Cina. Sepanjang bergelar guru, saya berasa minat untuk mendidik dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat menjadi seorang pendidik.
Teaching Method(s)
Sepanjang bergelar guru sementara, teknik yang diterapkan adalah dengan memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada pada zaman sekarang untuk tambahan kefahaman kepada para pelajar dan ini merupakan satu teknik agar pelajar tidak bosan. Dengan mempamerkan video, pelajar lebih seronok untuk belajar. Selain itu, saya juga akan mengadakan kuiz selepas selesai menghuraikan atau menerangkan sesuatu topik itu.