Profile Picture

Intan Syafina *******

Sarjana Muda - Degree In Law

Port Dickson, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Intan Syafina Binti Azmi merupakan graduan Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Saya pernah mengajar pelajar sekolah menengah ketika saya menunggu keputusan SPM. Saya juga berpengalaman dalam mengajar kanak-kanak ketika saya bekerja di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Springhill, Negeri Sembilan. Ketika saya belajar di UiTM Shah Alam saya sering menjadi rujukan kawan sekelas dan meminta saya untuk mengajar mereka beberapa subjek Undang-Undang yang mereka tidak berapa faham.

Saya memang berminat untuk menjadi pengajar kerana saya suka berkongsi ilmu yang saya ada. Saya menjadi seronok apabila pelajar dan kawan-kawan saya memahami ilmu yang saya kongsikan kepada mereka dan mereka dapat menggunakannya ketika menjawab peperiksaan.

Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik bercerita, perbincangan, penyoalan dan latih tubi ketika mengajar pelajar.

Saya suka memulakan pengajaran saya dengan teknik bercerita tentang topik yang akan saya ajar pada hari tersebut. Teknik bercerita akan membuatkan pelajar lebih fokus dan berminat untuk belajar topik tersebut. Selain itu, teknik bercerita dalam pembelajaran juga akan membuatkan pelajar lebih mudah ingat dan faham tentang topik tersebut.

Selepas bercerita, baru saya akan mengajar topik menggunakan buku-buku mengikut silibus. Kemudian, saya akan adakan teknik perbincangan dengan pelajar berkenaan apa yang mereka faham tentang topik tersebut.

Teknik perbincangan ini akan diikuti juga dengan teknik penyoalan dan latih tubi agar pelajar akan lebih faham tentang sesuatu topik tersebut.
Subject
Subject School Level
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika
Sains Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1
Sejarah Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3