About Me
Hi Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, saya Siti syahraini binti Sulaiman, merupakan graduan Sarjana Sains Kimia dalam bidang Sains Kimia di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Kini, saya bekerja sebagai tutor sepenuh masa sejak 2020. Berbekalkan keputusan yang memberangsangkan semasa belajar, saya meminati bidang pendidikan sejak dari sekolah lagi. Saya mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Menengah Pin Hwa, Klang selama 3 bulan (sebelum covid). Selepas itu, saya meneruskan kerjaya saya sebagai guru dalam talian untuk beberapa orang pelajar dan kekal sehingga kini, saya mempunyai 30 orang pelajar yang belajar dari rumah secara dalam talian (online) dan juga fizikal. Saya telah mengajar lebih daripada 50 orang pelajar dengan keputusan yang memberangsangkan sejak tahun 2020, pelbagai level bermula 3 tahun sehingga 17 tahun. Saya sangat berdedikasi dan berminat untuk membantu lebih banyak pelajar pada masa hadapan. Terima kasih.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah berbeza mengikut level pelajar: lemah, sederhana, dan mahir. Kebanyakan pelajar adalah lemah, maka bergantung kepada keupayaan pelajar, saya selalunya akan:
1. Mengenal pasti kelemahan pelajar, membeli buku yang sesuai walaupun satu atau dua tahap rendah, sesuai dengan tahap penguasaan pelajar.
2. Konsep pengajaran adalah berbentuk: belajar, latih tubi berulang sampai pelajar mahir asas dahulu
3. Fokus pembelajaran: bukan untuk skor exam tapi untuk mahir asas
4. Saya percaya asas sangat penting untuk teruskan pembelajaran sehingga ke tahap pelajar yang sekarang
5. Progres pelajar akan ambil masa bergantung kepada homework yang diberikan, latih tubi berulang masih ingat lagi tak, skor ujian selepas setiap subtopik yang diajar dan sebagainya akan diambil kira
6. Sokongan ibu bapa juga saya kira sangat penting, untuk monitor anak siapkan homework atau pon tak
7. Denda akan diberikan kepada pelajar sekiranya tidak menyiapkan homework atau tidak mencapai tahap yang sepatutnya dalam jangka masa yang diberikan
8. Hadiah juga akan diberikan kepada pelajar yang skor dengan cemerlang dan usaha untuk meningkatkan tahap pembelajaran
Nota kaki:
- Semua pelajar saya akan menerima satu fail untuk simpan buku dan beberapa jenis latihan untuk setiap subjek, bagi mengelakkan kes kehilangan buku/latihan yang mana saya rasa agak kurang selesa sekiranya pelajar menghilangkan buku tanpa alasan munasabah
- saya menyediakan pelbagai alat bantu mengajar sesuai dengan tahap penguasaan pelajar bagi setiap subjek teras seperti: bahasa melayu, sains, matematik dan bahasa inggeris
- contoh: kad imbas, board game, online and apps game, whiteboard and maker pen, bahan-bahan experiment, kertas latih tubi dan sebagainya.