Nama saya Nur Syazwani .Saya berumur 21 tahun dan sedang menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaya jurusan Sains Kimia di tahun kedua . Saya tinggal di Taman Tun Dr Ismail. Saya bersekolah pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Sains Johor selama 5 tahun . Kemudian, saya menyambung pelajaran dalam peringkat asasi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan lakukan dalam sesi pengajaran ialah teknik soal jawab dan teknik perbincangan. Teknik ini dapat memastikan penyampaian ilmu itu lebih efisien kerana terdapat komunikasi secara dua hala antara pengajar dan pelajar. Teknik ini dapat memastikan pelajar dapat menghuraikan bahan- bahan yang telah diajar. Kuiz juga akan diadakan dari masa ke semasa.