Profile Picture

Muhamad Hisyamudin *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarnaja Muda Pendidikan Sejarah (Upsi)

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Hisyamudin, saya berpengalaman dalam mengajar subjek sejarah selama 7 tahun. Saya merupakan graduan lepasan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Pendidikan Sejarah. Pekerjaan hakiki saya adalah guru di SMK Batu Muda dan juga saya sebelum ini menjadi tenaga pengajar di pusat tuisyen Gemilang di Petaling Jaya.

Bagi pelajar baru, sy akan mengenal pasti titik kelemahan pelajar dan akan memberikan penekanan serta perhatian yang kursus terhadap kelemahan tersebut. Pada kebiasaannya saya akan menyediakan dan memberikan latihan serta soalan-soalan peperiksaan untuk dibincangkan secara bersama. Selain itu, saya juga seringkali menyuntik semangat motivasi kepada pelajar untuk mencuba supaya kejayaan dapat dikecapi pelajar. Bagi saya motivasi dan pembelajaran perlu berlaku seiringan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang.

Misi saya adalah "Memudahkan kefahaman pelajar dan cintakan apa yang dipelajari". Saya akan memberikan servis yang terbaik kepada anak-anak anda

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya menitik beratkan kelemahan pelajar. Saya akan menggunakan bahan-bahan slide dengan penerangan yang mudah untuk tujuan kefahaman kepada pelajar. Saya juga memberi latihan berasaskan peperiksaan sebenar supaya melatih pelajar biasakan dengan soalan peperiksaan agar mampu untuk menjawab dengan baik.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3