Saya Cikgu Izyan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu dan Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga mahir mengendalikan kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 8 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.