Saya Alya Afiqah, lepasan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Putra Malaysia. Kecenderungan dan minat dalam berkongsi ilmu membuatkan saya sentiasa ingin belajar dan bukannya hanya mengajar semata-mata. Saya juga ingin membantu pelajar dalam pembelajaran dan memperoleh ilmu pengetahuan.
Selain daripada minat, saya juga akan cuba menyelami karakter murid agar mereka mudah menerima teknik pengajaran saya.
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran berbeza mengikut keupayaan murid dalam memahami sesuatu topik. Penggunaan keadah pengajaran inovatif mampu membantu murid untuk lebih proaktif dalam berinteraksi dengan tutor. Kaedah ini membolehkan murid untuk meneroka ilmu baru, meluaskan minda mereka dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis.
Selain itu, teknik latih tubi mampu membuat pelajar mengingati dan mencapai taraf penguasaan dalan sesuatu topik.