Saya merupakan lepasan master yang mempunyai minat dalam bidang pendidikan khususnya dalam mengajar. Platform yang ada ini saya manfaatkan untuk berkongsi ilmu bersama anak-anak yang ingin belajar dan cuba memperbaiki diri dalam memahami sesuatu mata pelajaran. Tiada yang mustahil dengan teknik yang sesuai bergantung kemampuan sesorang pelajar tersebut
Teaching Method(s)
Bagi teknik pembelajaran yang akan saya praktikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menggunakan buku latihan, nota tambahan, slide presentation. Saya juga akan menggunakan pendekatan lain dengan menjalankan kuiz dan game yang menjurus ke arah pembelajaran. Untuk bakal pelajar yang akan belajar dengan saya ianya akan melalui proses mengenal diri supaya mereka tahu akan cara belajar yang sesuai dengan mereka