Saya merupakan graduan dari Universiti Industri Selangor.
Mempunyai pengalaman dalam menguruskan sebuah pusat tuisyen sendiri selama 5 tahun (2017-2021), namun terpaksa ditutup ekoran "pkp" dan sebab- sebab lain. Saya baru sahaja selesai menjadi guru ganti MyStep sebagai guru ganti bagi subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kampung Jambu, Taiping.
Subjek teras saya adalah Bahasa Inggeris.
Saya juga mempunyai pengalaman mengajar di kolej MARA sebagai pensyarah bahasa inggeris.
Ini serba sedikit tentang diri saya.
Teaching Method(s)
Sebagai guru bahasa, saya sering menggunakan teknik bercerita, tidak semestinya penceritaan itu daripada pihak guru sahaja, boleh juga dengan memberi bahan bacaan kepada pelajar untuk mereka fahami dan hayati, kemudian mereka akan menceritakan kembali hasil pembacaan mereka samada dalam bentuk penulisan atau verbal . Saya juga sering menekankan penggunaan kamus di dalam setiap sesi pembelajaran yang diadakan. Ini bagi membantu pelajar memahami sesuatu teks dengan lebih baik.