About Me
Saya Cikgu Raqiib. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman. Saya pernah mengajar mata pelajaran bahasa Arab dan Pendidikan Islam secara khusus seperti Ibadah, Tauhid, Jawi dan seumpamanya di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor selama 3 tahun. Selepas mencari pengalaman di sana, saya mengajar bahasa Arab kepada pelajar UPKK secara dalam talian selama 6 bulan. Selain itu, saya pernah dan berkemahiran menghasilkan modul silibus bahasa Arab terutamanya untuk peringkat orang awam dan sekolah rendah. Antara modul yang dihasilkan ialah Kamus Arab-Melayu SAKNJ Darjah 3 & 4, Permainan dalam Kelas: Pelajaran Lebih Menyeronokkan, Apps Pendidikan dan lain-lain. Saya juga mengambil upah menghasilkan rekaan bahan pendidikan seperti sepanduk (banner) dan gegantung (bunting) dalam tulisan Jawi dan Arab. Jadi, saya yakin dengan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah ini mampu membantu anak-anak cemerlang dalam peperiksaan bahasa Arab. Jom, apa tunggu lagi, daftar belajar bahasa yang indah ini bersama saya.
Teaching Method(s)
Meskipun baru 3 tahun 1/2 saya dalam bidang pendidikan, banyak teknik pengajaran yang saya sudah aplikasikan antaranya ialah pendekatan didik hibur melalui aplikasi dalam talian yang mengujakan buat para pelajar. Selain itu, sebelum memulakan pengajaran, saya akan mengutarakan kata kunci utama dalam sesuatu topik untuk dibincangkan. Hal ini membolehkan pelajar melontarkan idea dan perkaitan dengan topik yang akan dipelajari berdasarkan pengetahuan dan pengalaman lepas, seterusnya menjadikan pelajar lebih bersedia dan berminat mempelajari sesuatu topik. Dalam zaman serba AI masa ini, saya tidak ketinggalan menggunakan aplikasi AI terutamanya aplikasi berkaitan penjanaan teks dan imej yang banyak membantu saya dalam menggariskan perancangan dalam pengajaran dan menghasilkan visual berkualiti dan menarik yang sudah pasti berkesan menangkap minat pelajar.