Saya seorang pelajar diploma perbankan islam dan sekarang sedang menjalani latihan praktikal di Nilai. Saya bercadang ingin menjadi guru tuisyen selepas program latihan praktikal saya tamat. Saya berminat untuk mengajar subjek Matematik bagi pelajar sekolah rendah.
Teaching Method(s)
Saya akan memberikan nota bantu belajar sebelum memulakan pengajaran dan saya akan lebih menggunakan teknik pendekatan secara fizikal supaya pelajar lebih memahami serta lebih mudah untuk berbincang diantara pelajar dan guru. Saya juga akan pastikan pelajar tidak malu untuk bertanyakan soalan kerana konsep yang saya gunakan adalah kefahaman dalam pembelajaran.