Saya sekarang sedang menyambung pengajian saya di UniKL MIMET, Lumut, Perak dalam ‘Bachelor of Maritime Operations’. Sepanjang saya mendapat pendidikan formal di sekolah, Alhamdulillah saya dapat keputusan yang baik. Walaupun saya tiada pengalaman mengajar secara formal, saya akan pastikan objektif yang saya inginkan tercapai. Bagaimana saya mengajar kepada rakan kelas dalam jurusan yang saya ambil, begitu juga kepada pelajar yang saya akan mengajar.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya sampai kepada orang lain bergantung kepada kekuatan dan kelemahan mereka. Objektif yang paling utama ialah kandungan yang ingin disampaikan dapat difahami dengan cara yang mudah. Bukan sahaja saya ingin pelajar skor dalam pelajaran, malah saya akan memupuk kepada pelajar tentang kehidupan.