Saya seorang guru bahasa Melayu yang mempunyai 7 tahun pengalaman mengajar di sekolah menengah. Saya mempunyai pengetahun dan kemahiran tentang silibus bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah bawah (PT3) dan menengah atas. (SPM). Pada masa yang sama, saya mempunyai pengalaman mengajar secara atas talian sejak tahun 2020 sehingga kini. Kini saya sedang berkhidmat di sekolah menengah kebangsaan di Klang, Selangor.
Teaching Method(s)
Saya menekankan bahagian penulisan kepada murid-murid sekolah menengah. Saya menggunakan teknik penulisan IMBaCKOP atau ToHuCoKeP. Dalam pengajaran sistem bahasa pula, saya menggunakan teknik seperti lukisan dan nyayian untuk membantu murid-murid memahami Morfologi dan Peribahasa.