Belajar di Mesir, silibus Medik Mansoura-Manchester (Bahasa Inggeris). Berumur 28 tahun, pernah bekerja sebagai doktor pelatih di Hospital Ampang selama setahun, berpindah ke Shah Alam dan kini menetap bersama anak dan keluarga saya (adik beradik dan ibu bapa) kerana suami saya ditempatkan untuk bekerja di Perak. Sekarang saya bekerja di sebuah hospital swasta sebagai ICT Coordinator, untuk melatih dan mengajar doktor² pakar menggunakan sistem komputer di hospital bagi merawat pesakit.
Pernah mengajar buat kelas Private Home Tuition semasa sekolah menengah (atas permintaan jiran²) untuk mengajar pelajar sekolah rendah.
Minat mengajar / belajar
Belajar kelas Quran daripada Mesir daripada Ustazah Arab mengikut sanad Nabi.
Teaching Method(s)
Mengakai minat, kelebihan, dan kekurangan pelajar dalan teknik belajar, dan memperkenalkan teknik belajar yg betul.
1. Input :
-Teknik ekstrak informasi penting
-Teknik membuat nota ringkas yg padat dan menarik
2. Output / latihan
-Merangka jadual latihan untuk subjek dalam jangka masa panjang / pendek
-Study smart dan mengkaji bentuk/jenis soalan peperiksaan yg sebenar
-Merekod prestasi latihan / ujian dan mengkaji titik kelemahan pelajar