Karier saya bermula sebagai Pensyarah di Institut Penilaian Negara pada tahun 2012 selepas tamat belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mengajar pelbagai subjek termasuk Ekonomi, Estate Agency, Building Maintenance, Building Services dan Valuation.
Saya kini bertugas di salah sebuah syarikat swasta dan masih menjadi pensyarah (secara sambilan) di Institut Penilaian Negara.
Kini, dengan lebih 10 tahun pengalaman sebagai pensyarah bermula dari usia muda, teknik dan ‘teaching style’ saya dalam memastikan subjek yang sukar akan mudah difahami pelajar.
Teknik dan sifat guru adalah penting bagi memastikan para pelajar berminat dan mudah memahami sesuatu subjek.
Teaching Method(s)
Teknik syarahan atau kelas yang digunakan bergantung pada individu. Bagi pelajar yang memerlukan sedikit lebih tumpuan, sokongan dan cara memahami sesebuah subjek adalah penting untuk mempelbagaikan cara dan teknik kelas supaya pembelajaran lebih mudah difahami seperti ‘game class’ dan kuiz.