Profile Picture

Nurul Nabilah *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Arabic And Communication

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Kapar, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama diberi Nurul Nabilah, merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman. Berpengalaman mengajar Al-Quran dan Tajwid bagi pelajar tadika, sekolah rendah, pelajar dewasa serta warga emas sejak tahun 2017. Mempunyai kelulusan Tahfiz Al-Quran 30 juzuk Al-Quran pada tahun 2017. Dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Tahun Akhir bagi Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, USIM. Saya terlibat dalam bidang pendidikan bermula dari tahun 2017 lagi bermula dengan bekerja sebagai guru sekolah rendah di Tadika Islam Az-Zahrawi Setia Alam mendidik kanak-kanak antara umur 4-6 tahun membaca, menulis, mengira, mengaji dan beberapa subjek lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Matematik. Seterusnya, saya juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah swasta iaitu di SRI Az-Zahrawi Setia Alam sebagai Guru Linus yang berperanan sebagai guru yang membantu pelajar yang memerlukan lebih pemerhatian terhadap pembacaan mereka. Saya juga berpengalaman sebagai Guru Mengaji Part Time di Masjid Asy-Syarif Meru, Klang sejak 2018 sehingga 2022. Kini, saya sedang bertugas sebagai Guru Praktikal di Idrissi International School Setia Alam. Mahu anak anda lebih yakin membaca Al-Quran?? Jom hubungi Saya Sekarang!!
Teaching Method(s)
Berbekalkan pengalaman mengajar di tadika, sekolah menengah dan warga emas sejak tahun 2017. Sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran saya, saya menerapkan pelbagai teknik untuk memahirkan pelajar membaca Al-Quran dengan lebih pantas dalam suasana yang menyeronokkan. Akan tetapi, teknik pengajaran berubah-ubah tertakluk kepada gaya pembelajaran setiap pelajar. Antara teknik saya terapkan adalah dengan menekankan kemahiran sebutan makhraj terlebih dahulu sebelum bergerak kepada topik Asas Ilmu Tajwid. Contohnya, dengan menggunakan Lagu Khas untuk latihan pemantapan makhraj huruf dan tajwid. Kemudian, barulah pelajar dapat menguasai Tilawah Al-Quran dengan baik. Saya juga akan memfokuskan kepada kelemahan pelajar dan melakukan latihan untuk membaiki kelemahan tersebut.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Dewasa
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6