Profile Picture

Nur Khairunnisa *******

Sarjana Muda - Bachelor Degree In Early Childhood Education

Kuching, Sarawak

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Khairunnisa. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik murid-murid pra-sekolah, tadika, taska dan pelajar sekolah rendah dalam Subjek bahasa Melayu, Subjek bersesuaian untuk murid-murid pra sekolah seperti mengenal ABC merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya juga menggunakan teknik bermain sambil belajar untuk murid murid pra sekolah dan tadika supaya mereka seronok belajar dan cepat memahami isi pembelajaran di dalam kelas. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Seni & Kraf
Tadika
Matematik
Tadika Darjah 1
Tadika
Membaca B. Inggeris
Tadika
Membaca B. Melayu
Tadika
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1
Sains
Tadika Darjah 1
Pendidikan Islam
Darjah 1
Communication & Writing
Tadika Darjah 1
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1