Profile Picture

Norizati Binti *******

Master - Master Of Engineering (Civil - Structure)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Setapak, WP Kuala Lumpur

Total Teaching : 445 hours

Tutor Training

Rising Tutor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya seorang tutor yang komited untuk mengajar sehingga faham dan pelajar dapat keputusan yang lebih baik.

Berkemahiran mengajar dalam subjek Sains, Matematik dan Fizik selama 5 tahun.

Saya boleh bantu pelajar 'catch up' semula silibus yang tertinggal dan mendapat keputusan yang jauh lebih baik.

Saya seorang yang mesra dan pelajar mudah selesa dengan saya dan dalam masa yang sama, tegas.

Saya boleh menarik minat pelajar untuk meminati subjek yang diajar supaya pelajar lebih mudah faham.

Jadikan saya tutor kepada anak anda hari ini.
Teaching Method(s)
1. Mengajar mengikut kemampuan tahap pembelajaran setiap pelajar. Ujian diagnostik semasa sesi pertama dilakukan jika perlu untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar.

2. Menggunakan kaedah penceritaan dalam bahasa yang paling mudah beserta analogi yang bersesuaian supaya pelajar lebih mudah faham konsep.

3. Menggunakan kaedah latih tubi, pengulangan, nota ringkas, gambar rajah atau video.

4. Memberikan tips dan kaedah menjawab soalan peperiksaan yang betul.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Rating & Review

Puan Norzaila Hanim Abu Bakar

Sains

09 Mar 2025 10:22

.

Khaireen Azlina

Matematik

13 Dec 2024 13:40

Seorang guru tutor yang baik, bagus dan bertanggungjawab. Mengajar dengan hati yg tulus. Alhamdulillah anak boleh terima segala ajarannya.. in shaa Allah final exam ni anak saya akan peroleh A plus. Aamiin2x yaa rabbal a'laamiin tahniah MyTutor!

Puan Azfa Hazirah Bt Ahmad Satar

Matematik

30 Jul 2024 21:00

Anak saya memahami apa yang diajar oleh cikgu Dan dia seronok belajar dengan cikgu norizati

Puan Azfa Hazirah Bt Ahmad Satar

Matematik

30 Jul 2024 20:59

Anak saya dapat memahami apa yang dia ajar oleh cikgu Dan dia seronok belajar dengan cikgu norizati.

Puan Balkish Binti Lokman

Fizik

06 Jul 2024 20:57

cikgu Izati sangat bagus, anak saya dapat memahami subjek ni dengan lebih baik

Khaireen Azlina

Matematik

02 Jul 2024 19:16

Tutor yang bagus dan nampak kesungguhan mengajar. Cikgu yang komited juga. Saya mendoakan anak saya mendapat manfaat dengan subject yg diajarkan peroleh keputusan peperiksaan yg cemerlang bulan Julai ini

Puan Azfa Hazirah Bt Ahmad Satar

Matematik

26 Jun 2024 08:23

Anak saya memahami cara pengajaran yang di ajar oleh tutor Dan dia sangat seronok belajar

Puan Rahimah Binti Jauzi

Fizik

02 Jun 2024 23:13

Tutor yang sangat baik memberi penerangan dengan sangan jelas dan mudah faham. .berminat untuk ambil lagi selepas ini

Puan Suhaiza

Matematik

15 May 2024 18:33

Cikgu zati memberikan penerangan yang jelas kepada anak saya. Anak saya gembira dan faham dengan penyampaian cikgu zati.

Khaireen Azlina

Sains

13 May 2024 11:26

Penyampaian yang bagus. Anak teruja bila ada kelas walaupun penat. Semoga anak saya dapat dilihat keputusan yang cemerlang dalam exam hasil dari kelas tambahan ini

Khaireen Azlina

Matematik

05 May 2024 09:08

Tutor yang baik dan ikhlas mengajar anak saya. Hasil pengajaran juga menjadikan anak saya berminat dengan subjek Maths dan Sains juga

Norazliza Mohd Tajuddin

Matematik

08 Apr 2024 13:41

Cikgu Izati mengajar dgn baik. Anak faham so far. Teruskan usaha untuk didik anak saya smp dia berjaya lulus dgn baik. Harap selalu uji anak utk tahu dia betul2 faham atau tidak.

Khaireen Azlina

Sains

21 Mar 2024 11:01

Tutor ini mengajar anak saya dengan bersungguh - sungguh dan sepenuh jiwa. Keep it up!