Profile Picture

Nurul Atiqah *******

Sarjana(master) - Master of Science (Statistics)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Kajang, Selangor

Tutor Training

Training PKSK & UKKM

Training Introduction To Cambridge

Training Motivation In Education

Training Personality Test & Multiple Intelligence

Training Online Class Preparation

Training Matematik Sek Menengah Bawah

Training Matematik Sek Menengah Atas

Verified Profile

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Cikgu Atiqah. Saya merupakan graduan Sarjana (Master) Sains (Statistik)dari USM dan juga pemegang Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) dari UKM. Saya sangat meminati bidang pendidikan dan telah berpengalaman mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan di pusat tuisyen serta beberapa buah sekolah menengah.

Sepanjang pengalaman saya mengajar, saya mendapati bahawa setiap pelajar ada gaya pembelajaran tersendiri. Saya akan cuba bantu pelajar lebih faham dan seronok untuk belajar subjek Matematik.

Bagi saya, jadi cikgu bukan sekadar menyampaikan ilmu, tapi juga membina semangat, minat dan keyakinan diri pelajar dalam subjek yang selama ni mungkin mereka anggap subjek Matematik ini susah.
Teaching Method(s)
Saya suka mengajar secara santai tapi berkesan. Saya mengaitkan dengan situasi harian supaya pelajar nampak kaitan Matematik dengan dunia sebenar.

Contoh topik Matematik Pengguna T3, walaupun mereka belum mempunyai pengalaman tentang pelaburan dan amanah saham. Saya akan cuba kaitkan atau membuat situasi mudah agar mereka lebih faham. Bila pelajar dapat kaitkan, barulah mereka lebih mudah ingat dan faham.

Saya juga akan pastikan setiap topik disusuli dengan latihan pengukuhan dan latih tubi supaya pelajar betul-betul boleh kuasai topik tersebut. Bila hampir musim peperiksaan, saya akan fokus pada teknik menjawab dan dedahkan pelajar dengan soalan-soalan sebenar atau setara dengan aras peperiksaan.

Alhamdulillah, setakat ini saya sering menerima maklum balas positif daripada ibu bapa dan pelajar sendiri. Ramai yang kata anak mereka lebih berminat belajar Matematik, lebih yakin dalam kelas, dan prestasi peperiksaan pun semakin meningkat. Bagi saya, itu adalah pencapaian paling bermakna sebagai seorang guru.
Rating & Review

Rosazliza Binti Abdul Rahim

Matematik

Cara mengajar mudah difahami oleh anak saya yg agak slow dlm matematik. Cikgu bersabar mengajar anak saya yg mudah lupa.

Suhana Ibrahim

Matematik

MS TIQAH IS SUPERB....NOW MY QAIREENA LOVES MATHS VERY MUCH ....TQ TQ TQ MS TIQAH

Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5