Nama saya Nur Hidayatul Najwa, berasal dari Kuantan, Pahang. Merupakan anak sulung daripada 4 beradik. Dahulu saya bersekolah menengah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dalam bidang Quran dan Sunnah. Saya telah mempunyai sijil Syahadah al-Quran 30 Juzuk, bacaan sehari tanpa kesalahan. Saya juga sedang menyertai kursus Bahasa Arab dan Fiqh. Maka pengkhususan saya berada dalam lingkungan bidang Quran, Sunnah, Bahasa Arab dan Fiqh.
Saya juga kini melakukan kerja sambilan di sebuah akademi, iaitu My Quran Academy. Di akademi ini, saya menjadi guru yang membimbing para pelajar mengaji al-Quran serta memahami lebih dalam berkenaan hukum-hukum tajwid. Saya juga menjad guru tasmik bagi mendengar dan menyemak hafazan para pelajar.
Teaching Method(s)
Sepanjang di My Quran Academy, saya menggunakan beberapa teknik dalam mengajar al-Quran
1. Kaedah Talaqqi Musyafahah: Guru membaca dan bacaan itu dijadikan contoh untuk diikuti oleh murid. Murid mendengar dan memerhati gerakan mulut dan bibir, kemudian membaca seperti yang mereka dengar dan lihat.
2. Kaedah Tasmik: Murid membaca hafazan al-Quran di hadapan guru. Guru mengemukakan soalan berkaitan hukum tajwid dan maksud tanda bacaan yang terdapat dalam ayat yang dibaca atau meminta pelajar menyambung bacaan.
3. Kaedah Tadarus: Kaedah kumpulan kecil (antar 10 hingga 20 orang). Guru akan membaca kemudia para pelajar akan mengikuti bacaan.
4. Kaedah Imla’i: Guru meminta murid menyalin beberapa kali ayat yang ingin dihafaz. Semasa menyalin, murid dikehendaki membaca dan mengingat / menghafaz secara individu
5. Kaedah Hafalan Grafik: Menghafaz sehingga para pelajar dapat membayangkan ayat al-Quran di depan mata.