Profile Picture

Nurfathin Khalidah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Early Childhood Studies (International)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Puchong, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Cikgu Fathin. Saya seorang tutor yang sangat komited dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam mengajar kanak-kanak prasekolah dan 5 tahun mengajar pelajar rendah dan menengah. Matapelajaran utama saya ialah Sains dan Matematik, manakala Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah matapelajaran tambahan saya. Saya juga berpengalaman mengajar kanak-kanak berkeperluan khas menggunakan pendekatan learn through play, Montessori, dan Reggio Emilia.

Saya terampil dalam menyusun modul yang membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Saya juga sering mengadakan kelas insentif untuk murid-murid istimewa. Jika anda ingin anak anda berjaya dalam pelajaran dan meningkatkan keyakinan mereka, jangan ragu untuk menghubungi saya hari ini.

Teaching Method(s)
Selama lebih dari 10 tahun di dalam industri pendidikan, saya telah mengasah kemahiran dalam menerapkan teknik-teknik yang menarik, seperti teknik phonics, Montessori, peta minda dan perbincangan serta latih tubi yang disesuaikan dengan keupayaan unik setiap pelajar. Saya juga memanfaatkan pendekatan belajar sambil bermain untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan efektif pada anak usia 7 tahun ke bawah. Saya berkomitmen untuk memastikan setiap pelajar memahami ilmu yang diajarkan melalui pelbagai pendekatan yang saya aplikasikan. Visi saya sebagai pendidik adalah melihat kepuasan pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Tadika
Membaca B. Melayu Tadika
Prasekolah - 3M Darjah 1
Matematik Darjah 1
Sains Darjah 1
Mathematics DLP Darjah 1
Science DLP Darjah 1