Saya merupakan graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian pada tahun 2022. Sekarang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan dalam bidang Teknologi Automotif dan mengajar pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan juga Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Sebelum saya tamat pengajian di peringkat Sarjana Muda, saya telah menjalani Praktikum 1 di Kolej Vokasional dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri (pelajar SVM dan DVM) manakala semasa Praktikum 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam subjek Matematik(Tingkatan 1 dan 2) dan juga Lukisan Kejuruteraan (Tingkatan 4).
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya berpusatkan guru dan juga pelajar (dua hala) yang mana saya menerapkan unsur sumbang saran, perbincangan dan juga penyelesaian masalah.