Profile Picture

Muhammad Iqkhwam *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Human Science (History & Civilization) (Honours)

Manjung, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya berpengalaman membina para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik terutamanya untuk subjek Sejarah sejak menuntut di universiti lagi. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi dalam apa jua bidang, maka melalui matapelajaran Sejarah saya menyuntik semangat dan mendorong para pelajar agar berjaya dalam bidang masing-masing. Saya percaya melalui sejarah, para pelajar pasti dapat membina jati diri dan akhlak yang kukuh dan terbaik, kerana sejarah dijadikan pengajaran bagi mereka yang ingin maju dalam hidup.

Saya juga mahir mengajar subjek Matematik dan Perniagaan memandangkan pengalaman saya dalam bidang perbankan, dan juga mengambil kursus Matematik sebelum bertukar ke Sejarah semasa di universiti.

Teaching Method(s)
Saya akan ceritakan kepada para pelajar sebab sesuatu peristiwa berlaku secara umum, sebelum masuk ke dalam silibus. Ini kerana supaya mereka memahami setiap perkara berlaku kerana bersebab. Walaubagaimanapun, silibus masih di patuhi, dan format soalan dan jawapan akan di ajar pada setiap akhir bab.

Saya juga akan berkongsi teknik peta minda untuk memudahkan para pelajar faham subjek. saya juga akan berkongsi video dan laman web yang bersesuaian agar para pelajar lebih fham dan terdedah kepada aplikasi dalam kehidupan harian.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Additional Mathematics DLP Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5