Saya merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam Ijazah Sains (Kimia Gunaan). Saya telah mengajar tuisyen subjek Biologi selama 1 tahun 9 bulan melalui platform atas talian. Meskipun saya tidak mengajar tuisyen Kimia, namun saya berpengalaman menjadi seorang tutor dan berpengetahuan dalam Kimia.
Teaching Method(s)
1. Menanyakan soalan kepada pelajar sewaktu kelas untuk menilai pemahaman mereka.
2. Menggunakan analogi/kaedah bercerita untuk menerangkan topik-topik yang susah.
3. Menggunakan gambar, diagram, atau grafik untuk membantu pelajar memahami konsep secara visual.
4. Memberikan bimbingan secara langsung kepada pelajar yang lemah dalam menguasai pembelajaran.