Profile Picture

Muhammad Azli *******

Diploma / Stpm - Program Matrikulasi Modul 1

Kuala Terengganu, Terengganu

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya lepasan Kolej Matrikulasi Selangor modul 1 (Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik) dan saya lebih cenderung kepada Kimia terutamanya dalam bahagian yang melibatkan unsur-unsur kimia organik.

Dan disebabkan ini saya ingin memasuki bidang pendidikan berkaitan kimia yang ditawarkan di universiti awam namun saya tidak melepasi sesi interview oleh beberapa universiti awam termasuklah UPSI, UiTM dan UPM yang mana saya telah ditawarkan Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian di UPM Kampus Bintulu Sarawak.

Hala tuju saya selepas sesi bacelor yang akan datang adalah untuk mengambil sesi program diploma pendidikan lepasan ijazah (DPLI) yang ditawarkan. Sehubungan dengan itu saya ingin mengasah teknik pengajaran dan mengambil pengalaman di mytutor sebagai persediaan saya di masa akan datang dimana buat masa sekarang saya tidak mempunyai sebarang pengalaman mengajar.
Teaching Method(s)
Akan tetapi teknik-teknik pengajaran yang saya boleh perhatikan oleh guru-guru yang pernah mengajar saya dalam subjek Kimia adalah teknik mengajar sambil mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian yang mana sudah memadai untuk menerangkan betapa pentingnya sesuatu ilmu tersebut pada dunia sebenar. Untuk mengelakkan pemikiran (mindset) yang memburukkan kimia dan menyatakan kimia itu subjek itu subjek susah, saya akan membawa pemikiran bahawa semua subjek itu susah akan tetapi ia menjadi senang jika kita memahaminya. Tambahan pula, saya akan ambil pendekatan untuk lebih mesra bersama pelajar dan lebih kepada komunikasi dua hala "two way communication" untuk mengelakkan pelajar kurang fokus sewaktu kelas, dan akan rehat di tengah-tengah kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil masa untuk rehatkan otak sementara. Contohnya kelas 2 jam, saya akan "take 5 minutes " untuk rehatkan pelajar. Berdasarkan pengalaman saya belajar, kelas tanpa henti hanya akan mengurangkan fokus belajar dan lebih cenderung untuk tahu waktu habis kelas.

Penggunaan peta amatlah diperlukan dalam pembelajaran Kimia untuk memudahkan pemahaman pelajar. Saya lebih cenderung untuk mengajar secara lalu yang mana selesaikan silibus yang ditetapkan terlebih dahulu untuk pusingan pertama dan kemudiannya membuat peta minda serta ulang kaji untuk setiap topik di pusingan kedua pengajaran. Ini membuatkan pelajar akan kurang memahami setiap topik (samar-samar) di pusingan pertama. Pusingan kedua apabila ulang kali dan peta minda dilakukan akan membuatkan pelajar lebih faham dan boleh nampak kesinambungan antara sesuatu topik dengan topik lain secara menyeluruh.
Subject
Subject School Level

Tutor Nearby