Profile Picture

Hasfina Binti *******

Sarjana Muda - Degree In Business Administration Hons. Islamic Banking (Universiti Teknologi Mara)

Cheras, Selangor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Berpengalaman dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai guru, penyelia dan penasihat akademik di cawangan Little Caliphs selama 6 tahun. Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Perbankan Islam), juga lepasan Asasi TESL dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berperwatakan ceria, mesra dan mudah disenangi kanak-kanak.

Pengalaman saya selama 6 tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah memperkukuhkan pengetahuan dan keterampilan saya dalam bidang ini. Selain daripada pengalaman mengajar, saya juga telah menjalani pelbagai kursus dan latihan profesional seperti kursus kaedah membaca, STEM, kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan banyak lagi.

Berkemahiran menyediakan rancangan pengajaran bagi subjek teras tadika juga kelas intensif bacaan.
Subjek teras; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Asas Menulis (Motor Halus).
Subjek bacaan; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, Iqra'.

Saya bersedia memberikan servis terbaik bersesuaian dengan keperluan pembelajaran anak tuan/puan.
Teaching Method(s)
Subjek Teras:
- 3 elemen (Visual, Auditori, Kinestetik)
Visual: Kad Imbas/Alat Bantu Mengajar/Video/Slide Pengajaran (iPad)
Auditori: Perbualan/Penerangan/Lagu Bertema
Kinestetik: Pembelajaran Aktif/Aktiviti/Kuiz atas talian (Kahoot/Quizziz)
- Belajar sambil bermain

Subjek Bacaan:
- Bahasa Melayu: Bacalah Anakku Modul/Teknik Fonik
- Bahasa Inggeris: Read Easy Modul
- Jawi: Ibu Ajarku Jawi Modul
- Iqra': Darul Ariff Modul

*Boleh mengajar dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
Subject
Subject School Level
Seni & Kraf
Tadika
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Matematik
Tadika
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1
Sains
Tadika
Pendidikan Islam
Darjah 1
Jawi
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Asas Fardhu Ain
Tadika
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3