Profile Picture

Naja Nadiera

(Physical)

Doktor Falsafah(phd) - Phd Dalam Fabrikasi Dan Pencirian Bahan Untuk Penggunaan Elektronik, Optoelektronik Dan Bioperubatan (Universiti Sains Malaysia)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Tasek Gelugor, Pulau Pinang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Naja. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek Matematik dan Matematik Tambahan merupakan subjek major saya selama saya mengajar. Berkemahiran dalam penyusunan modul dan memastikan pelajar sentiasa memahami apa yang diajar. Saya hanya menjalankan pengajaran sebagai 'personal tutor' supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Melalui pengalaman saya dalam mengajar pelajar universiti sewaktu pengajian PhD, saya banyak menerapkan teknik-teknik yang bergantung kepada keupayaan para pelajar dan telah mengaplikasikan teknik tersebut untuk peringkat sekolah. Pendekatan secara bersemuka dan 'personal tutor' merupakan kepakaran saya dalam mengenalpasti kebolehan dan kelemahan pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan akan terus memastikan pelajar lebih berminat dengan subjek tersebut. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4