Berpengalaman mengajar subjek Biologi SPM dan Biologi IGCSE selama 7 tahun di sebuah Sekolah Berasrama Penuh.
Saya berkemampuan mengajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Objektif saya sebagai tutor adalah:
1. Memberikan kelas tambahan yang berkualiti kepada pelajar
2. Membimbing pelajar ke arah pemahaman yang lebih tinggi
3. Mencari pengalaman untuk beradaptasi dengan pelbagai kehendak audiens atau pelajar
Teaching Method(s)
Saya memberi penekanan kepada:
1. Kemahiran mengingat dan memahami konsep aras mudah sehingga sukar dengan menggunakan kata kekunci, mnemonics, formula dan sebagainya.
2. Memberi penekanan kepada sub - topik yang sering ditanya dalam peperiksaan SPM dan IGCSE
3. Memberi penekanan kepada mana-mana topik yang pelajar minta untuk diberi penekanan
4. Teknik menjawab Kertas 2 SPM dan Paper 4 dan 6 IGCSE
5. Perbincangan soalan - soalan percubaan dan peperiksaan sebenar SPM dan IGCSE