About Me
Saya Cikgu Sabariah. Saya merupakan graduan lepasan Universiti Utara Malaysia yang kini memegang jawatan Eksekutif Sumber Manusia dan Pentadbiran di mana saya banyak terlibat dalam komunikasi dua hala dengan individu lain dalam sesi latihan dan pekerjaan di syarikat. Jadi, melalui pengalaman ini, saya ingin menyalurkan kebolehan ini dengan menjadi salah seorang tutor yang komited untuk memberi latihan dan pengajaran kepada para pelajar pula.
Namun, sebagai tutor yang masih baru dalam dunia pendidikan saya akan lebih fokus kepada pelajar sekolah rendah terlebih dahulu agar dapat fokus dan menggali lebih banyak kemahiran mengajar dan meningkatkan keupayaan mengajar daripada semasa ke semasa.
Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran saya:
1. Perancangan pelajaran: Sebelum pertemuan dengan pelajar, saya akan merancang pelajaran yang jelas dan berstruktur. Saya akan mengenalpasti tujuan pembelajaran samaada untuk ulangkaji sahaja atau persiapan menghadapi peperiksaan yang terdekat dan pilih kaedah atau strategi yang sesuai untuk mencapai tujuan tersebut.
2. Menggunakan sumber yang ada: Manfaatkan sumber pelajaran yang tersedia, seperti buku teks, bahan-bahan online, atau bahan ajar lainnya. Saya akan sentiasa untuk mencari informasi tambahan jika diperlukan.
3. Memulakan setiap topik dengan asas: Saya akan memulakan pembelajaran dengan memberikan pemahaman asas setiap topik pada pelajar dahulu supaya mereka memiliki pemahaman yang kuat tentang konsep dasar sebelum pelajaran topik yang lebih kompleks.
4. Sesi dua hala: Saya akan melibatkan pelajar dalam sesi pengajaran dengan mengajukan pertanyaan secara teratur supaya dapat mengenalpasti tahap pemahaman mereka.Hal ini dapat menggalakkan penglibatan mereka dalam pembelajaran agar minda mereka sentiasa aktif dan mengekalkan fokus mereka.
5. Menggunakan contoh yang jelas : Ketika menjelaskan konsep yang abstrak, saya akan memberikan contoh konkrit yang dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik. Contoh dengan menggunakan ilustrasi, cerita, atau situasi semasa yang relevan.
6. Memberikan maklum balas yang wajar : Setelah pelajar menyelesaikan tugas atau menjawab pertanyaan, saya akan memberi maklum balas yang konstruktif seperti memberi pujian untuk prestasi yang baik dan memberikan cadangan untuk mereka menambah baik prestasi.
7. Bersikap sabar: Mengajar memerlukan kesabaran, terutama saat bekerja dengan pelajar yang mungkin memiliki tahap pemahaman yang berbeza. Saya akan memberikan masa kepada pelajar untuk memproses maklumat dan bantuan tambahan jika diperlukan.
8. Refleksi dari pengalaman: Setiap sesi pengajaran adalah kesempatan untuk saya juga belajar. Saya akan merefleksi kembali setiap sesi, menilai sesi pengajaran dan memperbaiki kekurangan pengajaran perlu ditambah baik kualitinya. Selain itu, saya juga akan mengikuti perkembangan kaedah pengajaran terkini agar selari dengan pemahaman para pelajar.