Profile Picture

Siti Hawa *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Al-quran Dan Hadith (Universiti Muhammad V, Rabat, Maghribi)

Tampin, Negeri Sembilan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Selamat berkenalan. Saya, Ustazah Hawa, berpengalaman dalam bidang mengajar secara bersemuka di sekolah kebangsaan dan kini ingin menceburi bidang tutor dalam talian. Saya akan memberi penekanan dalam bidang tauhid dan Al-Quran yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam terutamanya, di samping memberi fokus juga kepada murid-murid yang kurang memahami subjek Bahasa Arab. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki sepanjang saya bekerja sebagai seorang guru akan dicurahkan kepada murid-murid tutor.
Teaching Method(s)
Saya akan mengaplikasikan teknik pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid. Fun learning juga akan diterapkan sekiranya mode pengajaran atas talian dijalankan. Untuk subjek Pendidikan Islam, saya akan menjalankan ktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik menggunakan aplikasi atas talian seperti Wordwall dan Quiziz. Selain itu, untuk bidang aqidah, penceritaan yang bersesuaian beserta bahan bantu mengajar yang menarik juga akan diaplikasikan semasa pengajaran saya. Bagi subjek Bahasa Arab, saya perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti komunikatif agar murid boleh mengaplikasikan kemahiran dan kefahaman berbahasa mereka dalam situasi sebenar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 1 Darjah 2
Membaca B. Melayu
Darjah 5
Bahasa Melayu
Darjah 4
Pendidikan Islam
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 1 Darjah 2
Bahasa Arab
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 1 Darjah 2
Jawi
Darjah 1 Darjah 2
Mengaji - Al-Quran
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 1 Darjah 2