Profile Picture

Mohamad Zahidi *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelors Degree In Business Administration (Hons.) Business Economics

Bandar Puncak Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum w.b.t Saya zahidi, merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan. Saya adalah pemegang sijil Diploma Perakaunan dan juga Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan di UiTM. Kini saya bekerja sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat di bawah agensi kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad secara tetap. Oleh kerana mempunyai minat yang mendalam untuk mengajar, saya ingin menawarkan diri saya sebagai tutor bagi subjek matematik dan juga sains bagi peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Untuk makluman, saya telah mendapatkan skor A+ bagi subjek Matematik Moden dan A- bagi subjek Matematik Tambahan pada SPM tahun 2010.
Teaching Method(s)
1) Saya akan menawarkan khidmat tutor mengikut pilihan dan kesesuaian pelajar saya.
2) Saya akan menyediakan isi-isi penting bagi setiap bab untuk memudahkan pelajar meningkatkan fokus dan kemahiran dalam bab tersebut terutamanya bagi
subjek membaca.
3) Untuk subjek mengira, saya akan melatih dan memberikan formula yang mudah untuk difahami oleh pelajar saya.
4)Saya gemar melatih pelajar untuk membuat
latih tubi berulang kali sehingga pelajar memahami konsep dan cara, bukan sekadar menghafal tanpa memahami.
5) Selain latihan tubi, saya juga akan mengadakan kuiz dan ujian untuk menilai tahap kefahaman pelajar bagi setiap bab yang telah dipelajari.
6) Saya juga bersedia membantu pelajar selain dari waktu kelas tutor jika mereka akan menghadapi ujian atau peperiksaan besar dengan memberikan nombor telefon dan e-mel peribadi saya.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca B. Melayu Tadika
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3