Saya Cikgu Syahila atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ila. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman mengajar Iqra' dan asas tajwid selama 9 tahun kepada semua peringkat umur - bermula dari 4 tahun sehingga 45 tahun. Kelas saya tidak hanya tertumpu kepada bacaan semata-mata tetapi saya akan menekankan juga hafazan surah-surah juz amma supaya pelajar saya dapat mempraktis secara langsung makhraj, sifat huruf dan hukum tajwid yang telah dipelajari. Hafazan surah dengan bacaan yang betul juga dapat diamalkan ketika di dalam solat.
Teaching Method(s)
Memandangkan pelajar saya terdiri dari pelbagai lapisan umur, saya mempraktis 2 jenis teknik pengajaran, iaitu kepada pelajar muda (bermula dari umur 4 tahun sehingga 15 tahun) dan dewasa (bermula dari umur 16 tahun dan ke atas).
Bagi pelajar muda, saya akan membahagikan sesi pembelajaran kepada 2 slot iaitu bacaan dan hafazan.
Manakala untuk pelajar dewasa, saya akan membuat semakan tahap bacaan terlebih dahulu pada awal sesi pembelajaran. Sangat penting bagi saya untuk menilai tahap kemahiran pelajar dewasa dalam menyebut makhraj huruf yang betul. Kemudian, saya akan meneruskan sesi dengan bacaan al-quran dan diselang-selikan dengan sedikit penerangan tentang hukum tajwid dan sebagainya.