Saya Cikgu Firdaus. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 13 tahun dalam mendidik murid sekolah menengah. Subjek sejarah merupakan subjek dominan saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Untuk impikan keputusan cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 13 dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para murid. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda mengikut kaedah pengajaran PAK 21 merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik takluk A+ SPM bagi subjek sejarah merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2020. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.