Profile Picture

Maria Binti *******

(Physical)

Sarjana Muda - Degree In Tesl (Unisel)

Puchong, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Maria yang merupakan seorang guru baharu yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Puchong, Selangor.

Saya mempunyai beberapa pengalaman mengajar sejak berusia 18 tahun di mana pada mulanya saya hanyalah seorang guru tadika yang berkhidmat selama 2 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di UNISEL dalam bidang Asasi TESL (Teaching English as a Second Language). Setelah itu, saya melanjutkan pula pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama. Selepas menamatkan pengajian, saya bekerja sebagai guru tadika selama beberapa bulan sebelum mendapat tawaran bekerja di sekolah swasta iaitu di Portman College, Seri Kembangan. Di situ, saya mula mengajar murid-murid berusia daripada 13 hingga 17 tahun dalam subjek Bahasa Inggeris. Saya juga berpeluang mengajar pelajar-pelajar diploma selama satu semester sebelum mendapat tawaran menjadi guru tetap di SMK Pusat Bandar Puchong 1 dari tahun 2022 hingga sekarang.

Saya merupakan seorang guru yang tinggi dengan cita-cita dan harapan oleh kerana menjadi warga pendidik adalah impian saya semenjak di zaman kanak-kanak lagi. Walaupun masih banyak yang perlu saya belajar untuk menjadi guru yang kompeten, saya yakin dengan kesungguhan & cinta saya terhadap kerjaya saya sebagai guru, saya mampu mendidik dan mengajar anak-anak didik saya dengan sangat baik.

Sebagai seorang guru, saya tidak pernah berputus asa dengan murid-murid saya dan tidak pernah memandang rendah pada kemampuan mereka kerana saya yakin setiap murid ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Selain mampu mengajar subjek Bahasa Inggeris, saya juga mampu mendidik dan mengajar mereka berkaitan pengetahuan asas yang diperlukan untuk masa hadapan. Sebagai contoh, saya mampu mengajar mereka asas dalam berkomunikasi, cara menangani tekanan & banyak lagi. Cara mengajar saya tidak hanya terikat pada buku dan papan tulis sahaja kerana prinsip saya adalah ‘learn beyond classroom’. Saya boleh jadi guru, rakan & ibu kepada anak-anak murid saya dan hal ini terbukti apabila murid-murid di sekolah juga amat menyenangi saya.

Saya yakin dengan mengajar anak-anak ini, saya juga boleh mempelajari sesuatu daripada mereka.

Teaching Method(s)
Pada awal kelas, saya akan mengenali cara belajar yang diminati oleh murid sebagai contoh murid saya lebih ke arah ‘visual learner’, maka saya akan lebihkan banyak gambar & video dalam pembelajaran. Jika mereka lebih suka belajar melalui aktiviti, saya akan memberi mereka task yang mudah seperti ‘public speaking’, pembentangan atau menyediakan ‘games’ pada akhir pembelajaran.

Saya juga suka menggunakan ‘direct method’ jika mengajar Bahasa Inggeris di mana saya akan membiasakan murid dengan bahasa itu tanpa menterjemahkan perkataan tetapi lebih kepada bertutur dalam bahasa Inggeris sambil menunjukkan perbuatan. Hal ini dapat membantu mereka selesa dengan bahasa kedua itu. Bagi saya, ‘practice makes perfect’ dan jika mereka terbiasa, mereka belajar secara semulajadi.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 2, Darjah 6, Dewasa, Cambridge - Tahun 10, Tingkatan 1