Profile Picture

Dayang Ramonah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Degree In Economics (Planning And Development) & University Malaysia Sabah

Papar, Sabah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Monah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bertoleransi serta berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan Menengah Rendah Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan
manakala Bahasa Melayu dan sejarah merupakan subjek minor. Saya juga mempunyai kemahiran dalam penyusunan modul secara ringkas untuk memastikan anak murid saya faham dan cemerlang dalam pendidikan mereka. Saya juga sering mengikuti dan mengendalikan seminar buat calon peperiksaan. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar kerana inilah yang sayaa gunakan untuk pelajar-pelajar saya sebelum ini. Jangan tunggu lama sekiranya mahukan anak anda berjaya bukan sahaja dalam pendidikan tetapi dalam motivasi dan keyakinan diri. Hubungi saya hari ini

Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan beberapa teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan serta minat para pelajar. Saya juga mendidik secara kreatif dalam mencapai objektif pembelajaran yang melibatkan para pelajar dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Pendekatan yang akan saya gunakan adalah keutamaan berfokuskan kepada topik kritikal dalam satu subjek dan topik skor A+. Saya juga akan gunakan kata kunci dan peta minda untuk memudahkan para pelajar mengingati objektif Pengajaran & Pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Visi saya sebagai pendidik adalah saya tidak mahu anak murid di bawah kendalian saya keciciran ilmu dan memastikan mereka akan mencapai kecemerlangan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 3
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 6