Saya cikgu Syila. Saya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Saya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Pembangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Saya merupakan seorang tutor yang bermotivsi dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan manakala Sains merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam bidang akademik. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Tekni pengajaran sangat penting dalam proses mengajar berlangsung. Oleh itu, saya menggunakan 2 teknik pengajaran untuk anak murid saya supaya teknik pengajaran berlangsung dengan baik dan tidak membosankan. Teknik perbincangan ialah satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid. Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mental murid supaya dapat menyumbang idea dan pandangan secara sistematik
Teknik bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sama ada imiginasi, tradisi, atau kisah benar. Strategi ini dapat meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan . Di samping itu bercerita dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar, dan memotivasikan murid untuk membaca.