Profile Picture

Nur Aleea *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains ( Biologi ) , Minor Matematik , Uitm

Rawang, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan pendidikan yang telah berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang tuisyen secara persendirian. Kepakaran saya adalah dalam bidang sains dan matematik, tetapi atas kepercayaan daripada ibu bapa, saya juga pernah mengajar subjek bahasa melayu, pendidikan islam dan juga mengaji. Saya boleh mengajar dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Ramai pelajar yang telah saya bantu dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar yang mempunyai masalah disleksia dan juga minor autism. Saya seorang yang mudah mendampingi pelajar dalam masa yang sama tegas dalam memastikan pelajar memahami pelajaran dan juga selesa belajar dengan saya. Sebagai seorang guru yang pernah mengajar disekolah menengah kerajaan dan swasta, saya faham ada sesetengah pelajar yang memerlukan bimbingan yang lebih berfokus secara 'one to one' untuk memahami dengan lebih baik sesuatu topik dan subjek. Jadi jika anak anda salah seoerang diantaranya,boleh hubungi Cikgu Aleea.
Teaching Method(s)
Teknik yang saya gunakan adalah yang pertamanya saya akan menganalisa keupayaan pelaja terlebih dahulu, sama ada pelajar jenis yang cepat , sederhana ataupun lemah. Kemudian saya akan menggunakan teknik yang sesuai berdasarkan kebolehan pelajar. Pengalaman selama 8 tahun memberikan kelebihan kepada saya untuk memilih dan memberikan latihan yang bersesuaian kepada pelajar. Saya akan menekankan teknik- teknik menjawab soalan dan kata kunci serta istilah penting setiap topik. Selain itu , saya juga menekankan aplikasi dalam kehidupan dan contoh yang berkaitan dalam kehidupan seharian supaya pelajar lebih memahami konsep serta boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan. Hal ini kerana, saya memegang konsep belajar bukanlah untuk menjawab soalan peperiksaan sahaja tetapi bagaimana menggunakan apa yang dipelajari dalam kehidupan.
Rating & Review

Ghulam Harith Bin Ghulam Hussain : Science DLP

Bagus

Ghulam Harith Bin Ghulam Hussain : Mathematics DLP

Bagus

Nakshatiraa Sri : Sejarah

She is a really a very good teacher

Sherina Murzamil : Sains

Already obtained a tutor.Thank you

Idalis Ayu Bt Abd Aziz : Matematik

Tutor mengajar dgn baik sekali..anak mudah memahami apa yg diajar

Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 5
Mathematics DLP Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Science DLP Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
P. Islam Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biology DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5