Saya Cikgu Ara. Saya merupakan seorang tutor yang muda dan pernah menjadi tutor bahasa English sekolah rendah selama 6 bulan. Saya juga merupakan seorang pelajar Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan (Bachelor in Accounting (Hons)) dan masih menunggu hari graduasi saya .Saya mampu mengajar subjek Perakaunan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Saya juga meminati bidang perakaunan dan sudah menceburi bidang perakaunan sejak 2018 sehingga kini (2023).
Teaching Method(s)
Saya akan mengajar murid dengan teknik pemahaman dalam bidang akaun, saya juga akan menggunakan peta minda dan membuat kuiz kecil semasa dalam pembelajaran. Saya akan memastikan pelajar saya faham dan mampu mengaplikasikan tentang perakaunan bukan hanya sekadar pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan.