Saya Muhammad Taufiq Haris berpengalaman dalam sesi tutor dan tuisyen untuk peringkat rendah, menengah serta Pra-Universiti. Saya merupakan pelajar terbaik STPM 2015 dan sangat komited dalam menekankan kefahaman para pelajar terutama dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan sains( Rendah dan Menengah). Saya juga pernah terlibat dalam klinik skor STPM dalam subjek sejarah, Bahasa Melayu dan geografi di Kolej Tingkatan 6 Tapah dan hasilnya telah ramai melahirkan pelajar yang cemerlang. Jika ibu bapa yang menginginkan perkhidmatan tutor yang kondusif dan berkesan untuk anak-anak? Hubungi saya segera.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik kefahaman konsep dalam suatu bab terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang latihan bertulis. Kaedah ini mampu memberi pendedahan awal kepada pelajar supaya ditengah dan diakhir bab mereka akan mengukuhkan konsep dan asas dalam suatu bab tersebut. Saya juga menyediakan nota dalam grafik yang menarik dan teknik kata kunci bernada terutama dalam subjek yang memerlukan hafalan supaya tiada sebarang tekanan akan datang kepada pelajar.