Profile Picture

Nordiana Binti *******

Sarjana Muda - Pengurusan industri Logistik

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) (Graduated)

Sepang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi! Saya Cikgu Nana.

Saya merupakan tutor sambilan yang membantu murid tadika dan sekolah rendah, khususnya persediaan sebelum ke alam sekolah atau sekolah menengah.
Baru sahaja bermula tahun ini secara sambilan, selain pengalaman ajar anak sendiri. Fokus saya adalah mengajar pelajar tadika dan sekolah rendah (Tahun 1 sehingga tahun 6) sahaja

Saya percaya bahawa setiap anak belajar dengan cara berbeza – sebab itu sesi saya dijalankan secara mesra, sabar, dan ikut gaya belajar murid.
🌟Bahasa Melayu, membaca dan menulis
🌟Matematik Sekolah Rendah
🌟English Communication and reading
🌟Sains tahap rendah

Bila bercakap tentang soal kejayaan, tidak banyak untuk saya kongsikan kerana baru bermula dalam bidang pendidikan tetapi minat saya yang mendalam dalam mendidik anak kecil sangat membakar semangat saya untuk terlibat bersama My Tutor. Namun, anak saya yang fobia matematik sekarang suka buat latihan sendiri, cukup buat saya berbangga.

Jangan risau. Kelas boleh dijalankan secara online atau fizikal (bergantung pada lokasi).
Teaching Method(s)
Teknik Pembelajaran akan berubah mengikut keadaan pelajar;

1. Pembelajaran Berasaskan Visual (Visual Learning)
✅ Guna gambar, video pendek, kad imbas (flashcards), dan carta minda.
Sesuai untuk murid yang cepat faham bila tengok contoh depan mata.

2. Latihan Bertema (Thematic Approach)
✅ Pilih topik harian yang dekat dengan murid (contoh: keluarga, sekolah, makanan kegemaran).
Ini bantu murid rasa connected dengan apa yang dia belajar.

3. Kaedah Tanya-Jawab Aktif (Active Questioning)
✅ Galakkan murid berfikir & jawab secara lisan, bukan hafal semata-mata.
Bagus untuk bina keyakinan dan critical thinking.

4. Kaedah ‘Bimbingan & Ulang’ (Guided Practice + Repetition)
✅ Ajar konsep → beri contoh → buat latihan bersama → murid buat sendiri.
Kaedah ni bagus untuk murid lemah atau yang perlukan bimbingan perlahan-lahan.

5. ‘Gamify’ Pembelajaran – Belajar Secara Main & Seronok
✅ Guna kuiz, bingo, teka kata, reward sticker atau sistem bintang.
Teknik ni bantu murid fokus lebih lama dan tak rasa tertekan.

6. Pendekatan Personal – Ikut Gaya Belajar Murid
✅ Ada murid suka menulis, ada suka bercakap, ada kena ulang banyak kali.
Tutor yang fleksibel boleh ubah teknik ikut gaya murid.

Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4