Profile Picture

Nor Azrulikie *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Engineering Naval Architecture And Offshore Engineering (Universiti Teknologi Malaysia)

Segamat, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Lebih mesra dengan nama ikie, saya mempunyai pengalaman secara tidak rasmi menjadi seorang tutor ketika saya belajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Ketika itu saya banyak menghasilkan nota-nota tersendiri apa yang saya telah pelajari dan menjadi guru kepada kawan-kawan saya. Subjek Matematik merupakan subjek utama saya. Walaupun tiada pengalaman rasmi dalam menjadi tutor diluar, namun dengan berbekalkan keupayaan saya untuk mengajar dan suka berkongsi ilmu, saya yakin saya dapat melahirkan pelajar yang dapat skor dengan cemerlang. Saya juga seorang yang mesra dan bermotivasi, sudah pasti pelajar akan lebih selesa dan tidak akan merasa jangkal jika belajar dengan saya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya lebih kepada pemahaman terhadap permasalahan Matematik serta jalan-jalan kerja yang lebih ringkas dan senang untuk difahami oleh pelajar. Dengan cara ini, pelbagai pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza dapat menyelesaikan masalah Matematik yang mereka hadapi. Selain itu juga, saya juga menerapkan teknik pembuatan nota semula iaitu pelajar akan membuat nota sendiri berdasarkan apa yang difahami oleh pelajar itu sendiri dan perbincangan lanjut dan berterusan nota tersebut akan dibuat untuk memastikan pelajar akhirnya dapat memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Dengan teknik ini, kita dapat mengenal pasti "lopong" masalah yang tidak dapat difahami oleh pelajar sekaligus dapat membantu pelajar menutup "lopong" tersebut.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Diploma
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5