Saya Cikgu Atiqah. Berpengalaman selama 7 tahun menjadi tutor untuk peringkat sekolah rendah dan menengah. Sejarah merupakan subjek utama saya manakala subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek minor saya. Pengalaman saya selama 7 tahun dalam mengajar subjek sejarah telah melahirkan ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan. Saya pakar dalam mengajar pelajar sama ada '1 by 1' ataupun dalam kumpulan yang besar. Semasa pandemik covid, saya mengajar pelajar secara talian dan jumlah pelajar untuk setiap kelas dan seminar adalah lebih dari 3 ribu pelajar. Saya pernah bekerja di sebuah pusat tuition terkemuka di Malaysia selama 5 tahun dan dari situ, banyak yang saya belajar dari segi teknik pengajaran, teknik nota dan cara penyampaian kepada pelajar.
Teaching Method(s)
Pengalaman selama 7 tahun telah membuatkan saya sedar yang kebanyakkan pelajar tidak berminat dengan subjek sejarah dan juga setiap pelajar mempunyai cara yang berlainan dalam menerima maklumat. Didalam kelas saya menggunakan cara visual, contoh seperti nota ditulis mengikut kod warna, tulisan yang cantik, lukisan ataupun video. Saya juga menggunakan teknik auditory melalui lontaran dan tone suara serta ayat-ayat yang unik supaya pelajar lebih mengingati pembelajaran. Saya juga suka menggunakan role-playing dalam pembelajaran terutamanya dalam subjek sejarah. Saya juga mengutamakan soalan latihan dalam pembelajaran dengan teknik-teknik menjawab yang betul. Saya juga gemar untuk bertanya soalan-soalan kepada pelajar untuk membantu mereka dari segi kemahiran berfikir aras tinggi. Visi saya sebagai pendidik adalah untuk melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi juga memastikan para pelajar menjadi generasi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.