Profile Picture

Anis Hanisah *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Computer Science (Unimas)

Bintulu, Sarawak

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Anis, berpengalaman mengajar di sekolah rendah, tahap 1 dan juga berpengalaman menjadi Jurulatih IT selama 3 tahun di sebuah syarikat swasta. Semasa menjadi jurulatih IT, saya berpengalaman mengajar pelajar sekolah rendah tahap 2 dan juga pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Saya berpengalaman mengajar pelbagai subjek, untuk sekolah rendah, saya mengajar subjek Bahasa Melayu. Seterusnya, saya mengajar asas kemahiran komputer menggunakan silibus Cambridge ICT Starters kepada para pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Saya juga berpengalaman mengajar ilmu asas pengkodan menggunakan perisian Scratch. Saya juga berpengalaman mengajar subjek Matematik Tambahan sebagai tutor persendirian.
Teaching Method(s)
Cara teknik pengajaran saya ialah, saya akan memulakan dengan memberikan contoh ataupun aplikasi yang mudah dan juga latihan yang berulang-ulang. Bagi saya, teknik ini penting supaya para pelajar dapat menguasai ilmu ataupun pengajaran yang baru satu persatu. Selain itu, saya juga lebih cenderung membantu pelajar untuk memahami pelajaran menggunakan logik supaya para pelajar lebih memahami sesuatu tajuk. Teknik pengajaran saya juga akan berubah mengikut kemampuan pelajar. Saya sangat mengalakkan para pelajar untuk membantu rakan pelajar yang lain. Saya akan sedaya upaya memastikan para pelajar selesa untuk bertanyakan apa apa soalan kpd saya jika mereka tidak faham akan pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Sains Komputer Tingkatan 4
Bahasa Melayu Darjah 2
Matematik Tingkatan 1, Darjah 3, Darjah 2