Saya, Nur Syifa Natasha binti Rosli dan saya adalah graduan dari Universiti Teknologi Mara kampur Rembau untuk peringkat diploma dalam jurusan Pengajian Perniagaan. Saya juga sedang berada di tahun akhir (internship programme) untuk peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan kewangan. Saya sering menjadi rujukan kawan-kawang sejak di bangku sekolah. Subjek yang saya major adalah prinsip perakaunan dan matematik. Saya juga pernah menjadi tutor untuk subjek matematik secara separuh masa ketika saya berumur 18 tahun selepas menduduki SPM.
Teaching Method(s)
Saya seorang yang akan memberi pilihan kepada pelajar saya tentang bagaimana teknik pembelajaran yang mereka inginkan. Pada mulanya, saya akan mengenali titik kelemahan dan menyediakan soalan-soalan yang sukar mereka selesaikan. Sebelum latihan diberi, saya akan pastikan mereka lebih memahami dan yakin pada diri mereka yang mereka boleh lakukan. Konsep FAHAM DULU, BARU INGAT, adalah konsep yang sering saya terapkan ketika saya berada di sekolah. Saya juga akan pastikan mereka sering disuntikkan semangat dan motivasi yang boleh menyeimbangkan emosi dan pemikiran mereka.